Wednesday 8 May 2013

Morning Angry





Bila sebut tentang bangun pagi ni, mira teringat satu benda je yang ayah mira selalu sebut masa nak kejut mira waktu pagi. Selalunya ayah akan rasa marah lepas kejut mira bangun. Lepas tu ayah akan membebel masa nak hantar mira pergi sekolah. Sampai je sekolah, dia berhenti. Ishhh, BAYANGKAN!!!! Susah nak jumpa lelaki membebel. Ayah mira pun bukan seorang yang membebel tapi, lepas dia kejut mira je dia akan membebel. Antara dialog yang pernah ayah cakap dulu:


5.30 a.m
Ayah bukak lampu dulu lepas tu dia kejut.

Ayah : Amirah, bangun mandi. Nak pergi sekolah ni.

Waktu tu mira tak gerak2 lansung.

5.45 a.m

Ayah menjengah kat dalam bilik tengok mira dah bangun ke tak. Macam biasa mira memang tak bangun.

6.00 a.m

Ayah datang lagi.

Ayah : Amirah bangun lah, dah pukul 6 dah ni, kang adik-adik nak mandi lagi. Nanti lambat pulak gi sekolah. Ayah nak siap2 lagi ni. kang takde orang nak kejut baru tau.

Mira : Mmmm, okay.

Mira pun bangun untuk sedapkan hati ayah. 

6.15 a.m

Ayah : Eh amirah!!!!!! BANGUN!!!!! ( sambil dia tarik tangan aku untuk duduk atas katil ). Adik2 dah mandi dah!!! Bangun!!! Apa ni adik mandi dulu dari kakak. Ishh nanti sampai ke besar macam ni ! Susah nak bangun, kalau dah kerja nanti, lambat gi kerja. Ingat boleh main-main ke bangun pagi ni. Nanti kat universiti kalau lambat, ingat kawan-kawan nak kejutkan macam ayah kejut ni ke? Silap haribulan nanti kena marah dengan lecturer sebab lambat. Apa nak jadi dengan awak ni amirah.......

Mira : Okay-okay.....(aku duduk balik atas katil sambil tunggu ayah keluar lepas tu ambil towel nak mandi. Tapi.... lepas ayah keluar, mmm baring jap ahh 5 minit. Awal lagi ni)

6.30 a.m

Ayah dapat rasakan mira tak mandi lagi sebab bilik air terbuka. Lampu terang menyuluh. LALU, ayah gi kat bilik mira. Dia tengok mira tengah sambung tidur. Ayah dah malas nak cakap dan kalau dia betul-betul marah, ayah tak cakap lagi. Dia pun bukak kipas kat bilik mira sampai 5 speed kipas tu. Jadi, lajulah kipas tu berpusing dah macam helikopter. Ayah tau mira tak tahan sejuk. Tu je cara yang terakhir dia akan buat kalau mira liat sangat nak bangun.

7.00 a.m

Lepas siap-siap pakai baju sekolah semua, mira pun pergi kat meja makan. Nak sarapan.  Ayah pun keluar dari bilik dia dengan baju kerja. 

Ayah : Bangun pun! Kalau tak bangun tadi memang ayah tinggalkan je. Lantak lah tak gi sekolah. Payah sangat nak bangun. Letak bom kat telinga pun belum tentu nak bangun! Adik-adik awak tu lagi senang nak bangun!

Ibu : Dah2 makan ni. (Nak cover mira..hehe)

Mira hanya mampu tersenyum.

Masa turun bawah nak pergi sekolah, dalam hati dah gubra dan dah tahu jap lagi mesti kena marah lagi dengan ayah dalam kereta. Hehe. Tapi tu semua dah biasa sebab dari form1-form3 mira duduk rumah sebabkan bersekolah di sekolah harian. So, selama 3 tahun tu memang dah selalu kena marah dengan ayah. Tapi kadang-kadang dia lupa jugak nak marah, mungkin sebab dah penat marah. hehe. 

Bila dah nak form 4-from 5, dah kena bangun sendiri. So, jam loceng tu lah petunjuk mira untuk bangun pagi. Mira memang tak layan loceng tu sampai lah kawan mira sendiri yang kejut mira. Betullah ayah cakap.. "Awak ni kalau letak bom kat telinga pun belum tentu nak bangun!" Hahaha... Tau lah bila ayah takde nak bangunkan mira pagi2, rasa susah sangat hidup ni. Sebab tu ayah pun pernah cakap.."Awak nanti kalau dah duduk asrama atau berjauhan dengan ayah, memang susah nak hidup" sebabnya, mira tak latih diri mira nak bangun pagi. Jadi, ada sebabnya kenapa orang tua kita cakap benda macam tu.

Hehehe. seriously, mira dah belajar dari pengalaman. Tapi masih payah nak bangun jugak guna alarm clock kat telefon. So, mira percaya dengan mind set. Sebelum tidur, kena mind set dulu nak bangun pukul berapa. Itu adalah diri kita sendiri, dan itulah yang terbaik!!!!!!!!




Seriously macam ni lah rupa orang nak susah bangun tidur.Haha looks like me!





2 comments:

  1. same la weyh..tapi mak aku kalau da geram sangat x membebel tangan dye yang kejut aku..streesssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, itu mak. Ni kan ayah .. So, dia tak guna mulut. hehe

      Delete