Sunday 18 August 2013

Kisahku di Sekolah Menengah



                                  SMK Dato' Haji Talib Karim



Sepanjang 19 tahun ini, ku rasakan hampir 70% garam yang orang2 tua makan, sudah ku makan. Mana tak nya, sudah banyak aku lihat, sudah banyak aku rasa, sudah jauh aku tempuh, akhirnya aku adalah aku. Beratkah? Penatkah? Sakitkah? Semuanya aku sapu. Tanpa kira umurku belum laksana tercapai.

Ku mula hari pertama ku sebagai orang yang lagaknya dewasa, tetapi di mata orang, hingusan pun belum. Peramahnya aku, cerianya aku kerana senyuman yang selalu diberikan, selalu menjadi kegembiraan sahabat seumur. Bak kata rakan ku, “bibir mira tu memang selalu tersenyum, susah nak tengok dia ketawa kecil, tapi bila dah ketawa, semua orang tengok dia...”. Itulah rakan. Pengaruh mereka ke atas diri kita sebenarnya adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Baik diri kita sebagai contoh kepadanya, buruk dia sebagai pengingat diri kita. Tapi bukan semua orang boleh lakukannya. Ye, kita manusia.

Mataku terbuka dek kesosialan sekolah menengah. Semua ajaran ibu dan ayah masih tidak ku ketepikan, tetapi, aku mendapat ajaran baru. Tidak pasti ianya baik atau buruk.

Aku bertemu cinta. Siapa cinta? Mungkin boleh memberi peransang kepadaku untuk berlumba berebut kejayaan, mungkin boleh membantuku sewaktu ulangkaji pelajaran dan mungkin dapat membahagiakan aku diwaktu aku sedih. Tetapi entah mengapa cinta yang aku jumpa itu tidak baik untukku, jahat. Gred peperiksaan aku turun serta merta kerana cinta. Malah, ahhh...sakitnya hati bila bercinta. Sungguh mengganggu akal fikiran! Bertubi-tubi nasihat ibu berikan. Aku terima. Tetapi??!!!!! Tidak dilaksanakan! Aku pernah terdengar “esok kalau kau jadi mak bapak baru kau tahu susahnya menjaga anak ni tau!..”. Akal ku masih mentah. Selama dua tahun aku melalaikan sendiri pelajaranku walaupun aku tahu pelajaran itu amat penting. Masuk tahun ketiga, akal ku mula ku rebus, barangkali sudah separuh masak dan tidak berapa mentah. Aku sudah mula kuatkan agama di dalam diriku, memberi perlindungan zahir dan batin. Aku mula ingin belajar kerana risaukan kedudukan gred aku di dalam kelas pertama itu. Di dalam hati ini ada juga membisikkan, “ Apa nak jadi mira kalau markah kau teruk macam ni.. kau nak malukan ibu dengan ayah kau ke, kau dah la banyak susahkan mereka..!”. Kesedaran itu ku gagahi dengan setapak walaupun ku tahu aku sudah masuk tahun ketiga. Dalam masa kurang 4 bulan, aku tidak toleh mana-mana dan hanya pelajaran menjadi bantalku, menjadi makananku, menjadi duniaku dan menjadi kepentinganku. Sebelum mengambil peperiksaan besar PMR, aku rasa diriku mampu menguasai soalan-soalan yang bakal diajukan.

Alhamdulillah, dengan berkat dari doa ibu bapaku, doaku, dan berkat ajaran guru-guruku, aku berjaya membahagiakan ibu ayahku dengan keputusan itu. Di situlah pengalaman betul-betul memberikan aku pengajaran erti kehidupan, yang selama ini aku lalui. Memang berat, penat dan sakit sebenarnya pengalaman itu, tetapi itulah yang paling berharga di dalam kehidupan. Jatuh? Ku bangun semula, jika tidak ku bangun, siapa nak tolong bangunkan? Malah aku akan terduduk sampai bila-bila.


                                           MRSM Serting

Aku menyambung kehidupanku di sebuah MRSM di Negeri Sembilan. Di situ, semasa pendaftaran, aku menyelesaikan segala urusan kemasukan di sekolah tersebut, oh, tidak lupa juga, aku membawa pengalaman pahit dan manis yang aku telah lalui dulu bersama-samaku. Bimbang hujan ditengah panas, aku sudah sediakan air di dalam tempayan. Setengah pun ok lah. Haha.

Tidak banyak pengalaman yang ku peroleh semasa di MRSM, tetapi aku tidak buang. Aku kutip untuk memenuhi tempayan itu. MRSM banyak mengajar aku tentang masyarakat. Dan itu masih berguna untukku di luar nanti. Alhamdulillah aku dapat membaca pengalaman itu sebaik-baiknya. Ku melangkah keluar dari MRSM sebagai seorang pelajar yang mempunyai akhlak yang baik. Aku tidak menyebut pelajaran bukan kerana aku tidak mementingkannya, tetapi kerana akhlak itulah yang membentuk pelajaran.

Apa yang ada kini setelah aku meninggalkan sekolah menengah? Sungguh banyak untuk disenaraikan, tetapi cukuplah untuk mengenal erti pengalaman yang mendawasakan kita di dalam kehidupan ini. Dari sekecil-kecil perlakuan sehinggalah yang besar, semua itu adalah pengalaman yang amat bernilai. Sesungguhnya berat untuk menjadi baik, walaupun buruk, cubalah menjadi yang lebih baik. 

Tiada siapa yang ingin duduk di dalam sebuah rumah yang usang. Jika seseorang mengemas rumah usang tersebut, ianya akan menjadi cantik dan orang ingin duduk di rumah usang tersebut. Tetapi, ketahuilah, rumah usang itu tidak akan menjadi cantik dengan sendirinya.

Jika kita lapar, ibu bapa akan menyediakan kelengkapan makanan untuk kita. Mereka meletakkannya di atas meja. Tetapi ketahuilah, jika kita hanya merenung makanan tersebut tanpa berbuat apa-apa dengan harapan ingin kenyang, maka kita tidak akan kenyang melainkan kita sendiri yang memasukkan makanan itu kedalam mulut.

Berubahlah sedikit walaupun sekecil zarah. Kita tahu keupayaan diri kita, tiada manusia biasa yang dilahirkan sempurna, namun masih ada keistimewaan yang diberikanNya kepada kita.

Wednesday 8 May 2013

NUE?

Cerita ni berdasarkan apa yang ibu cerita kat mira. Hehe. Nama penuh mira ialah Nurul amirah binti khairul anuar. So, masa umur mira 2 tahun lebih nak ke 3 tahun tu, ibu cakap mira ni memang mulut tengah banyak nak cakap. Almaklumlah budak baru dapat bercakap kan. So, ibu pun ajarlah mira sebut nama mira. Dalam famili, keluarga belah ibu panggil mira ni Nurul tapi keluarga belah ayah panggil amirah. Tambahan lagi kat sekolah cikgu dan kawan-kawan panggil mira. So, orang kenal mira ni dengan nama mira lah. 

Hahaha okay back to our story,
Ibu nak ajar mira sebut nama Nurul. 

Ibu   : Cuba sebut Nurul. Nurul...Nurul...
Mira : Nuyul.. Nuyul

Masa tu lidah budak kecik kan, pendek lagi. Haha, so entah macam mana..... Nuyul tu bertukar jadi Nue. Tak puas hati dengan jawapan ibu, mira tanya lagi..

Mira: Ibu, macam mana boleh jadi Nue tu? tak puas hati ni
Ibu  : Entah, geram sangat ibu suruh sebut Nurul..Nurul dia tak nak sebut, bila dia sebut jadi        Nue, ibu biarkan aje, geram tengoknya!

So, kalau balik kampung ayah kat Pahang, budak kecik pelat tu dengan selamba je sebut nama dia, Nue nak makan, nue nak minum. Ibu cakap puas tukar nak suruh sebut nurul, tapi dia tak nak. So, ha lekatlah sampai sekarang. 



Masa kecik tu ramai gak orang panggil mira nue,. antaranya orang veteran2 hehe seperti nenek2, atok2 and mak2 sedara. Tapi sekarang dah tak ramai panggil nue. 

Tapi bila sampai kat UMP ni, kawan2 rapat mira yang tau tentang Mira Nue ni panggil Mira nue. PADAHAL, diorang tak tau pun apa maksud nue ni.. Hahaha, macam meraba2 dalam gelap.. Huh? Apa kaitan? Hahah whatever la! So sekarang, kalau diorang terbaca, mungkin diorang akan tau tentang nama ni. huhu... 

So, itulah alkisahnya nama NUE tercipta!



 

Morning Angry





Bila sebut tentang bangun pagi ni, mira teringat satu benda je yang ayah mira selalu sebut masa nak kejut mira waktu pagi. Selalunya ayah akan rasa marah lepas kejut mira bangun. Lepas tu ayah akan membebel masa nak hantar mira pergi sekolah. Sampai je sekolah, dia berhenti. Ishhh, BAYANGKAN!!!! Susah nak jumpa lelaki membebel. Ayah mira pun bukan seorang yang membebel tapi, lepas dia kejut mira je dia akan membebel. Antara dialog yang pernah ayah cakap dulu:


5.30 a.m
Ayah bukak lampu dulu lepas tu dia kejut.

Ayah : Amirah, bangun mandi. Nak pergi sekolah ni.

Waktu tu mira tak gerak2 lansung.

5.45 a.m

Ayah menjengah kat dalam bilik tengok mira dah bangun ke tak. Macam biasa mira memang tak bangun.

6.00 a.m

Ayah datang lagi.

Ayah : Amirah bangun lah, dah pukul 6 dah ni, kang adik-adik nak mandi lagi. Nanti lambat pulak gi sekolah. Ayah nak siap2 lagi ni. kang takde orang nak kejut baru tau.

Mira : Mmmm, okay.

Mira pun bangun untuk sedapkan hati ayah. 

6.15 a.m

Ayah : Eh amirah!!!!!! BANGUN!!!!! ( sambil dia tarik tangan aku untuk duduk atas katil ). Adik2 dah mandi dah!!! Bangun!!! Apa ni adik mandi dulu dari kakak. Ishh nanti sampai ke besar macam ni ! Susah nak bangun, kalau dah kerja nanti, lambat gi kerja. Ingat boleh main-main ke bangun pagi ni. Nanti kat universiti kalau lambat, ingat kawan-kawan nak kejutkan macam ayah kejut ni ke? Silap haribulan nanti kena marah dengan lecturer sebab lambat. Apa nak jadi dengan awak ni amirah.......

Mira : Okay-okay.....(aku duduk balik atas katil sambil tunggu ayah keluar lepas tu ambil towel nak mandi. Tapi.... lepas ayah keluar, mmm baring jap ahh 5 minit. Awal lagi ni)

6.30 a.m

Ayah dapat rasakan mira tak mandi lagi sebab bilik air terbuka. Lampu terang menyuluh. LALU, ayah gi kat bilik mira. Dia tengok mira tengah sambung tidur. Ayah dah malas nak cakap dan kalau dia betul-betul marah, ayah tak cakap lagi. Dia pun bukak kipas kat bilik mira sampai 5 speed kipas tu. Jadi, lajulah kipas tu berpusing dah macam helikopter. Ayah tau mira tak tahan sejuk. Tu je cara yang terakhir dia akan buat kalau mira liat sangat nak bangun.

7.00 a.m

Lepas siap-siap pakai baju sekolah semua, mira pun pergi kat meja makan. Nak sarapan.  Ayah pun keluar dari bilik dia dengan baju kerja. 

Ayah : Bangun pun! Kalau tak bangun tadi memang ayah tinggalkan je. Lantak lah tak gi sekolah. Payah sangat nak bangun. Letak bom kat telinga pun belum tentu nak bangun! Adik-adik awak tu lagi senang nak bangun!

Ibu : Dah2 makan ni. (Nak cover mira..hehe)

Mira hanya mampu tersenyum.

Masa turun bawah nak pergi sekolah, dalam hati dah gubra dan dah tahu jap lagi mesti kena marah lagi dengan ayah dalam kereta. Hehe. Tapi tu semua dah biasa sebab dari form1-form3 mira duduk rumah sebabkan bersekolah di sekolah harian. So, selama 3 tahun tu memang dah selalu kena marah dengan ayah. Tapi kadang-kadang dia lupa jugak nak marah, mungkin sebab dah penat marah. hehe. 

Bila dah nak form 4-from 5, dah kena bangun sendiri. So, jam loceng tu lah petunjuk mira untuk bangun pagi. Mira memang tak layan loceng tu sampai lah kawan mira sendiri yang kejut mira. Betullah ayah cakap.. "Awak ni kalau letak bom kat telinga pun belum tentu nak bangun!" Hahaha... Tau lah bila ayah takde nak bangunkan mira pagi2, rasa susah sangat hidup ni. Sebab tu ayah pun pernah cakap.."Awak nanti kalau dah duduk asrama atau berjauhan dengan ayah, memang susah nak hidup" sebabnya, mira tak latih diri mira nak bangun pagi. Jadi, ada sebabnya kenapa orang tua kita cakap benda macam tu.

Hehehe. seriously, mira dah belajar dari pengalaman. Tapi masih payah nak bangun jugak guna alarm clock kat telefon. So, mira percaya dengan mind set. Sebelum tidur, kena mind set dulu nak bangun pukul berapa. Itu adalah diri kita sendiri, dan itulah yang terbaik!!!!!!!!




Seriously macam ni lah rupa orang nak susah bangun tidur.Haha looks like me!





Tuesday 7 May 2013

TITAS..TITAS..TITAS@GOOGLE TRANSLATE

Kesian aku tengok Farah Huda ni 'selok' buat titas.
Okay, bukan dia sorang, masalahnya, mira, miera n uda gila2 tengah buat TITAS yang tak kesudahannya. Kesian rasanya tengok kitorang. Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan agar kami dapat menyiapkan TITAS ini dengan baik. Ishh, sangat-sangat kelam kabut dengan benda ni. Nak present lagi Jumaat ni, lepas tu entah lah, kenapa lah lembap sangat ni kan. 
Walau bagaimanapun, mira harap benda ni dapat disiapkan dengan berjayanya. 

Bak kata huda, dalam masa genting ni, Google Translate lah yang paling berguna walaupun Miss Faridah kata Google Translate tu umpama makan racun tapi kita tetap nak makan jugak. Maksudnya, dia tak bagi kitorang guna GT ni.. Tapi kitorang guna gak.. Ahh... Lantak lahh nak guna gak!!!!!!!

Hai..lah...penangan Google Translate

Balik cuti sempena hari mengundi dan hari cuti Pahang.

Okay, waktu macam ni, otak tengah berpusing fikirkan apa benda yang nak buat dulu. Duduk, rileks atas kerusi dan fikir. Okay, got an idea. 
Makan dulu lah burger McD ni. At least lepas makan kang boleh terus kemas barang-barang ni dan tak de lah terus rehat, buang lemak sikit. 

Haha, ini semua poyo! Okay, makan, mmm harumnya bau burger ni. Makan..makan..makan.. Stop kejap.Okay, dah lepas makan, mengahnya perut!!! Kenyang sangat dah ni, malas nak bergerak. Haishhh menyesal makan dulu tadi. Okay takpe lah, dah janji kan tadi nak kemas barang lepas makan, so mengesot(bahasa melaka) sikit-sikit kemas barang. Sikit pun jadilah.. Hahaha nasib baik tempat aku ni kecik je. Tu lah, kalau ikutkan hati tadi, nak aje mengesot. Bukan mengesot nak buat kerja, tapi mengesot naik atas katil. Hahaha dah kenyang kan, macam tu lah jadinya. Apa pun tak boleh! 

Rehat jap baru lepas mengesot ni. Duduk atas kerusi kat meja belajar. Mengah tu dah hilang sikit, lega sikit rasanya. 

Tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!

F = "Ehh, kau pukul berapa sampai UMP tadi?"
Y = "Dalam pukul 3 petang la macam tu la.. bla..bla..bla. Percutian kau                   
       macam mana?"
F = "Okay la.. bla..bla..bla. Ehh kat Selangor memang kawasan pakatan ke?      
       Takde Barisan lansung?" 
Y = "Ohh memang kat Selangor meriah dengan pakatan. Penuh dengan 
       pakatan..bla..bla..bla.."

Seriously, tengah kenyang macam ni, nak muntah rasanya bila cakap pasal tu. Grrrrrr, baik aku sumbat telinga aku ni dengan earfon! Lega sikit.

Bukan tak minat politik tapi tak dan waktunya nak bercerita! Hishhh, tolonglah, lepas tu bercakap sekuat alam, macam nak bagi semua dengar. Mmm manusia-manusia. Memang macam tu kan, kalau bukan macam tu, memang bukan manusia la jawabnya. Hahaha. 

Emm bukak cerita lain lah - SPAGHETTI

Kat rumah tadi masak spaghetti, and ada lebih ni ingat nak bagi kawan-kawan aku yang tak pernah kenyang tu. Hehehe .. Tengah tunggu diorang balik ni. Ingat nak call tanya diorang kat mana

Tutt..tutt..tutt

Aku : Korang kat mana?
Mrk : Kitorang kat kedai makan kat Mentiga.
Aku : Lahh, kan dah mesej tadi aku cakap jangan makan. Aku dah bawak
        makanan ni!!!! 
Mrk : Kejap lagi kitorang sampai kitorang makan pulak makanan yang ko
        bawak tu. Boleh masuk lagi ni.
Aku : O..O..O..Okay... (Sumpah tergamam!)

Hai, manusia-manusia. 
Memang la manusia. Kalau bukan manusia diorang tak macam tu.
Ishhh.... 

Macam-macam ragam lah kawan-kawan aku ni. Hehehe, rindu kat diorang sebab dah 4 hari tak jumpa. Hehehe ... 

Kejap lagi nak buat titas, memang tak dapat katil lah jawabnya. Hehehe,
bye semua :)

Sunday 5 May 2013

Manusia


                                                                                 
Hai semua. Kali ini mira nak cerita tentang hidup mira. 

Apa yang pentingnya hidup mira ni?
Sebenarnya, mira rasa, sepanjang 19 tahun mira hidup di muka bumi ni, mira dah tau sedikit sebanyak tentang manusia ni. Manusia meman terdiri daripada beberapa golongan. Tapi semuanya dipandang sama dari luaran. Antara jenis manusia yang mira dah kenal pasti ialah manusia hipokrit.

Tak mudah kite nak kenal orang tu hipokrit ke tak. Tapi mira rasa, mira memang pernah jumpa orang macam tu kat dunia ni. Benda ni terjadi kat mira baru-baru ni je. mira tinggal kat sebuah hostel ni kat sebuah IPTA di Malaysia. So, mira ada 4 orang roommates yang pada mulanya mira sayang sangat-sangat kat diorang. Tapi sejak hujung semester 1, mira terus rapat dengan classmate mira. So, mungkin pada pandangan diorang, mira ni dah berubah. Okay lah fine. Memang mira nak rapat dengan classmates mira tu sebab diorang sekepala dengan mira. Lepas tu, one day ni mira dapat tau daripada one of my friends that dua orang roommate mira ni mengumpat mira dalam laman TWITTER! Mira bace kot apa yang diorang tulis. Bayangkan lah sakit tak hati korang bila dapat tau macam tu kan. Oh shit. What the hell are you huh! Mira sikit pun tak usik, tak menyusahkan diorang tau tak. Ada jugak orang yang macam tu kan. Itu tak berat sangat masalahnya. Tapi  diorang ni pura2 baik depan mira, pehh tu yang tak tahan tu. kalau mira nak turun gi makan kat kafe bawah, diorang siap lagi boleh kirim makanan kat mira, sebabnya? Malas nak turun bawah. Okay, mira belikan. Then, kalau mira gi kuantan, boleh pulak nak kirim beli barang kat mira. Okay, mira belikan. But, inilah yang dikatakan manusia kan, hipokrit sangat-sangat tak kira tempat. Sanggup mintak tolong kat orang  yang dia kutuk belakang semata-mata untuk kepentingan diri.. ishh what the hell la orang macam tu. I give a shit to her! Seriously, mira tak boleh tahan dengan orang macam tu. Pretending like an angel. But worst than a devil.  Kau sembahyang 5 kali sehari pun tak guna lah kalau buat macam tu kat aku. Kau kutuk aku, kau buruk2kan aku kat twitter and bagi orang lain baca. Fine, aku tak usik kau lah walaupun kau buat macam tu kat aku. Fikir-fikirlah weh mati kau nanti macam mana kalau kau buat orang macam ni. Moga tuhan buka kan pintu hati kau.

Opsss terover pulak mira tadi. Hehe, mira akan tetap sabar walau orang lempar tahi kat mira, walau apa pun, mira kena sabar. Sabar ye mira, tu mmg manusia, kalau bukan manusia, dia tak berkelakuan macam tu.
However, mira dah jumpa kawan yang pandai ambil hati mira, pandai jaga hati mira, boleh tegur mira diwaktu mira susah dan senang, yang boleh jaga mira, susah senang bersama. Yup, seriously susah senang bersama and mira dah Nampak semua tu. thank you all. I really love you from bottom of my heart J
So, kite kena pandai pilih kawan ye kawan-kawan.. hihi

Saturday 4 May 2013

I think that I really get nuts!



Oh my god .. oh my god .. oh my god .. I watched two movies in a night!




It is so unbelievable because I don’t feel any tired things on me!
The first movie I watched is ‘Lawak Ke Der 2’ and then.. I watched ‘Istanbul Aku Datang’ for a second time. Yes it is still fresh and evergreen for me although I watched twice.  Hey, today is 5th May 2013 and you know what event for tomorrow? .. Huh! Yeahhh it is PRU-13.. Stand for ‘Pilihanraya Umum - 13’ .. tell me what would you choose for it? It is depend on you and your belief. Men have different choice for them. And I believe that you will make a right choice to choose your leader. So, whatever is it, don’t get to mess with it, for me, it is only 60% important in our life. So plan yourself for a better life and a bright future. Get rid of it! :D

I’m sorry but I think that I wanna type again .. heyyy I’m so happy here.. Do you feel it? Get into me! J

Babe, you know what? I celebrated my parents birthday this afternoon. It is my first time you know when I, myself called a famous and 5 stars bakery shop, secret recipe at Malacca to order Chocolate Indulgence cake for this Saturday. I’m so glad that I managed all them by myself. But my parents didn’t know about it. I just wanna surprised them.

And it is too long story to hear, I cut them.

Boom baam boom baam! .. on that waiting day, my mom wanted to go to my aunt’s house at Bandar Hilir. Oh my god!  .. and it is shhhh…. Oh my god! My planned?!!! Oh my really-really oh my… I shut down my mouth.. it is zipped! My brain started to wining,, and I saw so many stars on my head. It is really out of planned! Then please oh god! Help meeee..


Okay I started to persuade her, ‘mom, please. I want to stay at home for this Saturday, I wanna have my day with you, and seriously I want to spend my time with family. Furthermore, it is my holiday, I .. I miss your cook. I want you to cook my favourite food. I want mee curry from your hand. It is handmade mom. I miss it so much. Plus, I .. I .. I wanna stay at home only, I love you mom. Please … L ‘. And mom said ‘ No, I promised her to go to her house. I have things to give her and I haven’t meet her for a long time. I’ve told your dad and he agreed me. Tomorrow morning, all of us will go to her house’.

Oh my again! I just thought again. ~ sleep ~

Saturday morning,
I woke up from sleep. I walked out of bed, and yeahh.. I got an idea!
Shhhh…….Why I didn’t think about this since yesterday!

Okay, I cut the story again~

We celebrated my parents’ birthday at my aunt’s home. However, it is out of planned. But I think, it is still looks good even though I didn’t celebrate at my own house. ~