Tuesday 7 May 2013

Balik cuti sempena hari mengundi dan hari cuti Pahang.

Okay, waktu macam ni, otak tengah berpusing fikirkan apa benda yang nak buat dulu. Duduk, rileks atas kerusi dan fikir. Okay, got an idea. 
Makan dulu lah burger McD ni. At least lepas makan kang boleh terus kemas barang-barang ni dan tak de lah terus rehat, buang lemak sikit. 

Haha, ini semua poyo! Okay, makan, mmm harumnya bau burger ni. Makan..makan..makan.. Stop kejap.Okay, dah lepas makan, mengahnya perut!!! Kenyang sangat dah ni, malas nak bergerak. Haishhh menyesal makan dulu tadi. Okay takpe lah, dah janji kan tadi nak kemas barang lepas makan, so mengesot(bahasa melaka) sikit-sikit kemas barang. Sikit pun jadilah.. Hahaha nasib baik tempat aku ni kecik je. Tu lah, kalau ikutkan hati tadi, nak aje mengesot. Bukan mengesot nak buat kerja, tapi mengesot naik atas katil. Hahaha dah kenyang kan, macam tu lah jadinya. Apa pun tak boleh! 

Rehat jap baru lepas mengesot ni. Duduk atas kerusi kat meja belajar. Mengah tu dah hilang sikit, lega sikit rasanya. 

Tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!

F = "Ehh, kau pukul berapa sampai UMP tadi?"
Y = "Dalam pukul 3 petang la macam tu la.. bla..bla..bla. Percutian kau                   
       macam mana?"
F = "Okay la.. bla..bla..bla. Ehh kat Selangor memang kawasan pakatan ke?      
       Takde Barisan lansung?" 
Y = "Ohh memang kat Selangor meriah dengan pakatan. Penuh dengan 
       pakatan..bla..bla..bla.."

Seriously, tengah kenyang macam ni, nak muntah rasanya bila cakap pasal tu. Grrrrrr, baik aku sumbat telinga aku ni dengan earfon! Lega sikit.

Bukan tak minat politik tapi tak dan waktunya nak bercerita! Hishhh, tolonglah, lepas tu bercakap sekuat alam, macam nak bagi semua dengar. Mmm manusia-manusia. Memang macam tu kan, kalau bukan macam tu, memang bukan manusia la jawabnya. Hahaha. 

Emm bukak cerita lain lah - SPAGHETTI

Kat rumah tadi masak spaghetti, and ada lebih ni ingat nak bagi kawan-kawan aku yang tak pernah kenyang tu. Hehehe .. Tengah tunggu diorang balik ni. Ingat nak call tanya diorang kat mana

Tutt..tutt..tutt

Aku : Korang kat mana?
Mrk : Kitorang kat kedai makan kat Mentiga.
Aku : Lahh, kan dah mesej tadi aku cakap jangan makan. Aku dah bawak
        makanan ni!!!! 
Mrk : Kejap lagi kitorang sampai kitorang makan pulak makanan yang ko
        bawak tu. Boleh masuk lagi ni.
Aku : O..O..O..Okay... (Sumpah tergamam!)

Hai, manusia-manusia. 
Memang la manusia. Kalau bukan manusia diorang tak macam tu.
Ishhh.... 

Macam-macam ragam lah kawan-kawan aku ni. Hehehe, rindu kat diorang sebab dah 4 hari tak jumpa. Hehehe ... 

Kejap lagi nak buat titas, memang tak dapat katil lah jawabnya. Hehehe,
bye semua :)

No comments:

Post a Comment